Pages

Thursday, 19 September 2013

Dia menoleh ke beranda kondo yang disewanya sejak 2 bulan yang lalu,ketika dia sedang enak membiarkan masa berlalu begitu sahaja. 
Dia melangkah ke beranda. 
Angin petang menghembus perlahan pipinya.
Dia tersenyum.
Dia beruntung kerana rumahnya ditingkat 20.
Dia suka melihat pemandangan di luar, seperti memaparkan sebuah lukisan matahari terbenam. Dia bahagia. 
Dia tenang.
Dia suka akan perasaan begitu.
Dia terasa hendak terbang.
Dia pejam mata. 
Cuba menikmati saat saat itu.
Dia terbang, terbang sesuka hati.
Dia terbang menuju ke barat.
Dia terbang ke atas hingga tangannya menyentuh awan gebu.
awan, katanya.
Dia buka mata, 
dan kembali ke realiti.
Ahh, keluhnya.
dan kedengaran azan maghrib menyapa telinga.
Dan berlalu untuk menunaikan tugasnya.



aku diam, dan terus diam
tanpa sepatah kata
tanpa segaris senyuman.

begitulah saat saat aku
ketika kau sedang bahagia
menganjing, menginzir
aku

aku tak bodoh, dan aku bukan bodoh.
aku tak dungu, dan aku bukan dungu.
aku tak tuli, dan aku bukan tuli

melawan
berdendam
pendengki
itu bukan aku.
tapi tak mustahil kalau aku
jadi begitu
aku ada seorang kawan. hmm, rasa macam tak layak pulak nak panggil kawan. tapi takpelah, dia kan 'kawan' aku?

suatu hari aku makan, well, makan je. then dia kecoh. mulut dia memang laser.

dengki
kau memang pendengki

aku makan kau kecoh
aku ponteng lagi kau kecoh

agaknya kalau suatu hari nanti
ada sorang mamat hensem
jadi pakwe aku
mesti kau lagi kecoh babi

sebab apa?

sebab kau rasa aku tak layak
tak layak untuk seorang perempuan yang disukai lelaki

dan kau yakin yang kau tu 10 kali ganda cun drpd aku, kan?

dan kau tak puas hati sebab kau kena reject. Noktah.

Wednesday, 14 August 2013

"Could you be my......?"

could you be my EUROPE?
could you be my FRANCE?
could you be my PARIS?
could you be my EIFFEL TOWER?
if u can't,
nevermind.
i don't mind.
just be MINE.
it's enough, for me.


#my english is broken, i know that.........

mengharap

kau sentiasa mengharap
kau mengharap orang akan membantu kau
memang selamanya otak kau akan terperap
lama lama kau akan dipulau

sampai bila kau nak berpaut pada kakinya
entah sampai bila

babe,
berpijaklah di bumi yang nyata
kerana suatu hari nanti
yang engkau pun tak tahu bila
kau pasti akan bersendiri
mungkin bila kau tua
atau mungkin.. sesaat lagi?

pada saat itu
barulah kau sedar
dari alam tidurmu

kau toleh kiri dan kanan
kau pandang depan dan belakang

tiada dahan
untuk kau bergayut
tiada tangan
umtuk kau berpaut

dan dalam saat kau sedar..

engkau tahu
DIA sentiasa ada untuk engkau.

untuk Kita.

bonda.

aku tenung wajah tuamu,
terlihat akan keikhlasan dimatamu,
menjaga, mendidik anak anakmu.

terlihat akan rambut putihmu yang memenuhi kepala,
kulit wajahmu yang dahulunya cerah bak mutiara..
telah terlihat garis garis tua.

tak pernah kudengar keluhmu
tak pernah kutampak penat lelahmu
penat jerihmu
anak jenis apakah aku?
keji sungguhkah aku?

kau suap aku jemari runcingmu
kau belai rambutku
kau bisik ke telingaku dengan suara lunakmu
"melahirkan dan menjaga kau bukanlah beban buat ibu, dan juga bukan untuk harta kekayaanmu
tapi hanya mengharapkan secebis doa buat ibu, kelak"

aku terus membiarkan sepasang mataku ini merenungnya
merenung dengan sepuas puasnya
dan tak dapat aku tahan sepasang mata ini daripada berkaca kaca..

ternyata renunganku dibalas dengan pandangannya yang redup
bersama senyuman yang mekar menghidup....

Sampai mana harusku berenang di lautan yang penuh dengan penipuan?

Wednesday, 17 July 2013

puisi kerepek tak berapa nak rangup...

assalamualaikum..

okay, jangan tanya kenapa title entry aku kali ni merepek.. memang takkan ada tertanya tanya pon sebab aku tahu takda sapa yang datang melepak lepak di blog ni. bukan setakat nak melepak, singah sesaat dua pun tak! heheheh bukan best sgt pon blog ni. aku sedar diri.. hukhuk.. 

okay, (again...) kalau tengok entry entry aku yang lepas, aku ada post puisi. adalah dlm dua tiga ketul lah kan. puisi pendek pendek jela. 

aku minat buat puisi ni sejak aku baca satu buku kompilasi puisi

haa ni laa bukunya. memang best. tak rugi baca. jangan salah faham, sebab tajuk dia 'seksi ovari'. dia bukannya pasal ovari. jangan korang nak eww eww plak.  puisi puisi yg ada kat dalam buku tu semuanya berkaitan dengan perempuan. PEREMPUAN. sebab tu tajuk dia begitu. kaum adam pun boleh baca, atleast dapat memahami isi hati kaum hawa.


buku ini aku pinjam dari member aku. 

seriously,lepas baca buku ni, aku terus rasa macam ada satu perasaan yang aku pun tak tahu nak describe macam mana.  dia macam tetiba terlintas satu perkataan kat dlm otak ni. daripada satu perkataan ni, otak aku akan merangka(atau lebih sesuai disebut 'terangka') sebuah puisi. puisi yang berdasarkan apa yang aku nampak. apa yang aku rasa.

kadang kadang aku rasa macam puisi puisi yg aku buat macam merepek sikit. sebab tu title entry ni merepek. sebab aku memang suka merepek. tapi tak tahulah pandangan orang macammana kan?

puisi puisi aku ni maybe ada sedikit persamaan dgn buku seksi ovari tu. mungkin. 

next entry aku akan post puisi aku yg terbaru. panjang sikit berbanding lepas lepas.




notakakitangankepalaleherperutblablabla: tajuk entry aku tu, aku tujukan dekat puisi puisi yg aku buat. BUKAN  puisi puisi SEKSI OVARI <<<< memang superb guwa cakap sama lu. tak rugi beli

Thursday, 27 June 2013

sempurnakah kita?

Apa yang aku buat semua tak kena

Itu tak kena
Ini tak kena

Hatiku tertanya
"cukup sempurnakah dia?"

Dan..

"cukup sempurnakah KITA?"

kedu dan kelu

Aku nampak dia
Aku terkedu

Aku pandang dia
Dia pandang aku

Aku tenung dia
dia tenung aku

"patutkah aku tegur dia?"
tapi lidahku kelu

dia pergi..

"ah! bodohnya aku!"


-kns-

mimpi

Kita manusia punya mimpi
Mimpi itu mimpi ini

Bermimpi nak capai mimpi
Tapi kenapa hanya mampu bermimpi

Tak usah bermimpi
Kalau hanya tahu berdiam diri

Tak usah bermimpi
Kalau kaki sendiri
tak mampu berdiri.


-kns-

Wednesday, 26 June 2013

hidup

hidup tak selalu indah
indah hanyalah dongengan

dongengan yang disogokkan mak ayah
kononnya semua cerita berakhir dengan 'happy ending'
kononnya....

kita pun membesar bersama sama cerita dongeng 
sampai kita sedar
yang hidup kita bukan cerita dongeng

"kenapa hidup kita tak seperti cerita dongeng?"


-kns-

Sunday, 23 June 2013

awkward yeah..

hmmm. this is my first entry,.. padahal blog ni i buat dah beberapa minggu yg lepas. urgh. maybe sebab i tak tau nak tulis apa untuk entry yg pertama ni. padahal sebelum buat blog ni macam" benda dekat kepala otak ni yang i nak tulis kat sini.

i dont know why.

i feel awkward... AWKWARD


actually sebelum ni i memang dah ade blog. tak banyak entry pon kat situ, 2-3 je kot. hahahaha. itu pun mase zaman budak" i. huhuhu. i pon dah tak ingat ape url blog i. hmph. blog ni pon i tak habis edit" lagi pon. busy. yeah busy dengan school's stuff. exam la. tulah. inilah.

OKAY, memandangkan tak ada benda yg menarik untuk i ceritakan, so i just bagitau beberapa perkara pasal i jelah okay.

7 perkara yang i suka.

1. coffee
2. photography ( salah satu impian i adalah untuk menjafdi photography.)
3. tulis ( i suka menulis and maybe sebab tulah i buat blog ni. nak lepaskan gian nak 'menconteng' kot. haha. )
4. kucing ( masa umur 10/11 tahun, i pernah kena gigit dekat telapak tangan and bahu dengan kucing hutan yg dah tua, and dia sebaya dengan i,. bunyi macam " hek eleh, gigit biasa je tu. takkan nak cite jugak kot --' " no! kucing tu gigit telapak tangan i sampai berdarah memang banyak gila. susah nak describe kat sini but i try ok. kucing ni memang duduk dalam sangkar jelah. tapi i tak tahu kenapa time yg i datang tu, dia boleh lepaskan sedangkan dia tahu kucing tu memang liar. i nampak , i terus belai dia sbb i memang suka kucing. tiba" kucing tu gigit tangan i, kuat gile, sakit yang amat! i pun angkatl;ah tangan i dengan harapan dia lepaskan tangan i yg gebu comel tu (ahaks :* ) i pon goyang" kanlah tangan . tapi dia tetap gigit and bergayut dekat tapak tangan and dia boleh plak peluk bahu and i dapat rasa kuku dia masuk dlm kulit. auch. i rasa dlm 4-5 minit kejadian tu berlaku. (hahaha 'kejadian", kau!)  meleleh darah. pakcik i pon bawak i pegi klinik sebab dah serius sgt smpi darah tak benti mengalir. and doctor pon bagi injection. lepastu i trauma dengan kucing. tapi dengan kucing" pakcik i jelah. hahahahaha. kucing i tak. 
ok sambung. berjela jela seyh i cerita. wuutwuut.
5. kereta. 
6. berangan. ( biasalah.. remaja perempuan berangan jelah kan. tapi i berangankan apa i nak buat pada masa hadapan. i meant, merancang masa depan. tapi manusia hanya merancang, ALLAH yang tentukan segalanya, ajal, maut, jodoh...
7. buku. ( i suka baca novel bergenre thriller. i suka baca novel fixi .. i mula baca novel'' drpd fixi since last year, tak silap. kalau dulu i selalu beli novel cinta" tu, tapi kini tidak lagi. kalau nak baca pon, i just pinjam member punye je. tapi kalau fixi, i mesti beli. i tengah buat collection, hahaha)


7 perkara yang i benci

1. smoker ( i tak tau kenapa smoker" kat dunia still nak merokok padahal dorang tahu akibat daripada rokok. rokok tu memang tak bersalah. tapi yang bongoknya perokok.manfaatkanlah tubuh yang dikurniakan ALLAH dengan sebaik baiknye.
2. orang yang panas baran
3. backstabber. dan orang yang suka cakap belakang. ( kalau ada something yang tak puas hati, atau kita ade buat silap yg kita sendiri tak perasan.. just cakap. supaya kita tak mengulangi kesilapan. betul tak?
4. orang yang terlalu memikirkan kesempurnaan (tiada yang sempurna kecuali ALLAH SWT.
5. i tak suka orang sentuh perut, pinggang and leher i. ( i penggeli. girlfriends i suka tepuk'' perut i! aset berhrga okay, dont touch!)
6. mungkir janji. ( kalau tak dapat jamin yang korang bole tunaikan janji, jangan berjanji okay.  'insyaAllah" dah memadai...)
7. makanan yang manis.



perkara yang i akan buat bila stress

1. tidur.
2. karaoke ( i jarang buat ni even selalu stress. hahah sebab takde sape nak teman karoeke disamping busy)
3. tengok tv.
4. makan coklat, ice cream (eventho i tak suka something yg manis",)
5. dengar lagu kuat" sampai tak dengar bunyi sekeliling.
hmmm tu jelah yang i ingat...


notakaki: i baru kat sini, so kalau ade sesiapa yang nak comment or kritik, or nak tolong meriahkan lagi blog i ni, boleh je.. i appreciate the comments. tq.