kau sentiasa mengharap
kau mengharap orang akan membantu kau
memang selamanya otak kau akan terperap
lama lama kau akan dipulau
sampai bila kau nak berpaut pada kakinya
entah sampai bila
babe,
berpijaklah di bumi yang nyata
kerana suatu hari nanti
yang engkau pun tak tahu bila
kau pasti akan bersendiri
mungkin bila kau tua
atau mungkin.. sesaat lagi?
pada saat itu
barulah kau sedar
dari alam tidurmu
kau toleh kiri dan kanan
kau pandang depan dan belakang
tiada dahan
untuk kau bergayut
tiada tangan
umtuk kau berpaut
dan dalam saat kau sedar..
engkau tahu
DIA sentiasa ada untuk engkau.
untuk Kita.
No comments:
Post a Comment
surat cinta