Dia melangkah ke beranda.
Angin petang menghembus perlahan pipinya.
Dia tersenyum.
Dia beruntung kerana rumahnya ditingkat 20.
Dia suka melihat pemandangan di luar, seperti memaparkan sebuah lukisan matahari terbenam. Dia bahagia.
Dia tenang.
Dia suka akan perasaan begitu.
Dia terasa hendak terbang.
Dia pejam mata.
Cuba menikmati saat saat itu.
Dia terbang, terbang sesuka hati.
Dia terbang menuju ke barat.
Dia terbang ke atas hingga tangannya menyentuh awan gebu.
awan, katanya.
Dia buka mata,
dan kembali ke realiti.
Ahh, keluhnya.
dan kedengaran azan maghrib menyapa telinga.
Dan berlalu untuk menunaikan tugasnya.
No comments:
Post a Comment
surat cinta