Assalamualaikum.
Hi. It's been a while since my last entry on... sept 2013. Hahahaha lama nya. Sekarang dh bulan august 2014.
Ada banyak benda yg berlaku sebenarnya, antaranya.........
*kasik drum roll sikit kak*
Dudududuududududuudud
OMG I GOT PLKN!!!!!!!!
*tango lah kak*
Actually memang ini yang aku nak, i mean mmg aku harap aku dapat... hmm wait. Adakah itu berbunyi spt 'omg skemanya kau noks! Dapat plkn pun suka. Orang punya laa taknak siap buat surat doktor pelesu sebab taknak pi plkn tu, ni kau beria nak pi?!?!?!?!?!'
okay.
sebab apa aku eksaited bila dpt plkn ni? Sebab aku suka outdoor activity. Aku teringin nak buat buat bungee jumping, rock climbing and wso. Itu termasuk dlm list '10 things i MUST do (with Allah's willing) before 30(yg tu aku akan buat entry lain nanti, inshaAllah) . Flying fox dgn kayak aku pernah buat dulu masa aku darjah 4,if im not mistaken. Eksaited gila time tu. Then, bila masuk sekolah menengah, aku mula involve dgn actvty kokurikulum. Actually koku ni aku tak active sgt pon, mcm kelab persatuan, unit beruniform semua aku tk active sgt pon. Tapi klu ada kem kokurikulum aku join la. Aku suka aktiviti cenggitu.
Form 1 sampai form 3, tiap tahun aku pergi kem, tak kesah la kem solat ke, kem kokurikulum ke, aku join je. Aku suka aktiviti lasak even badan aku sedikit 'comel' LOL.
Aku nak kasik badan aku ni familiar ah sikit dengan aktiviti lasak cenggitu, redah hutan, daki gunung, buat downseiling. Nanti takdelah kekok dekat plkn. Lembik.
aku ada google-google jugaklah pasal plkn ni. Keburukan dan kebaikan. Aku tengok dari 2 perspektif, adakah plkn hanya membawa keburukan kepada pelajar, atau sebaliknya? Mari kita kupas. Hahaha lol. Aku kupas sikit je la okay.
okay first aku search pasal pengalaman budak budak yg pernah masuk plkn ni. So far aku 'tengok' kehidupan dorang kat sana agak okay laa. Memang laa penat, kene kawad tiap hari, aku pun tak suka. Tapi nasib baik la aku ada basic kawad kaki. Overall aku tgok okay je. Pasal kes kecurian, kat mana mana ada, takyah nak tunggu kat plkn je ada kes mcm tu. Dah kalau kau pun bawak barang branded buat apa.
Aku harap semuanya okay nanti, inshaAllah. Mak aku kata sekarang ni dorg dah tk hantar jauh jauh sampai luar negeri. Dorg akan hantar dlm negeri je, paling jauh pun dorg akan hantar kat melaka(kalau utk aku yg dr johor laa)
So senanglah nanti family aku nak datang melawat. Hehehehe
okay back to the topic. Bila aku dah puas research pasal kebaikan or pengalaman dorang, aku search pulak pasal keburukan. Aku pun bukak laa blog blog pasal keburukan dia. Kebanyakannya poibt point dorg lebih kurang sama je actually, habiskan duit kerajaan la.. buang masa laa, kerajaan tak patut buat plkn sbb membebankan remaja laa. Pastu, yg drop comment ni plak buat hati aku sangat geli, noks, LOL. Antara comment dorg berbunyi begini, ' adik saya yg masuk plkn takde perubahan pun, sblm slps sama je, terejal jugak',' kawan saya pun ada cakap,,adik dia duku okay je, baik je, then bila keluar plkn, tak jadi apa, jadi teruk pulak,'
So kau nampak tak?orang orang Yg comment tu kebanyakannya orang yg tak pernah masuk plkn, yang tak bersekempatan nak masuk plkn. Dengar cakap orang je, then buat spekulasi sendiri.
Aku takde laa nak bantah bulat bulat yg pasal keburukan plkn ni, setiap perkara ada baik, ada buruk. Bilamana ada kebaikan, akan terselit juga keburukan walau sedikit. Begitu juga dengan keburukn. Banyak mana pun keburukan yang ada pada sesuatu tu, akan terselit kebaikkannya walau sedikit.
so the conclusion is, tak cuba tak tahu, tak masuk, mana kau nk rasa pengalaman kat plkn, ye dok?
Ini pendapat aku la.. aku rasa plkn ni memang ada gunanya juga buat remaja, belia.
Okaylah lemme straight to the point.
lets say lah kan, suatu hari nanti, negara kite diceroboh, atau diserangg, kite tak tahukan apa yg akan jadi suatu hari nanti,.. kite kene fikir panjanng, maksud aku fikir jauh ke depan, yelaa sbg langkah berjaga jaga. Tapi jgn terlalu pikir jauh lama sgt smpi masa sekarang ni pon tk terurus lg.
okay terpesong lagi nampaknya.
okay bila negara kite diserang or diceroboh(nauzubillahminzalik), atleast kite ada 'basic' untuk kite petahankan diri, keluarga serta negara kita. Takdalah kita hanya mampu nak nyorok bawah jambatan, bawah timbunan batu, kayu sebab tak tahu nak pertahankan diri kita, negara kita, keluarga kita.
Lagi satu, aku rasa semua remaja lelaki patut masuk pkln. Kita amik contoh negara luar spt korea or spore. Dorg mewajibkan lelaki utk masuk national service. Kalau korea tak silap aku 2tahun. Kan? Kalau spore aku tak tahu. Pada aku sebenarnya benda ni bagus.
Pastu yang aku rasa mcm 'pengecutnya kau ni' , bila ada remaja yg dpt plkn tapi beria2 taknak pegi. Lagi2 lelaki. Eh cik abang oi, kau tu laki, jangan jd pengecut. 3bulan je. Kau patut bersyukur
sebab klu kat negara luar, mcm korea, NS dorg 2tahun. Kite 3 bulan je. abg kawan aku, dia penah masuk plkn. Kawan aku ni dia cerita yg abg dia masa mula mula kt sana, asik call mak dia je katanak balik, tapi lama lama okay je,
aku takdelah yakin yg aku boleh bawa diri masa dlm plkn nanti. Takut noks! Sapa kata aku tak
takut. Aku takut aku terpengaruh dengan anasir2 tak baik. Mak risau ni noks.
OMG PANJANGNYA ENTRY MAK OIIIIIII.
#notakakitangansendiperutsikublablabla : dah lama aku tak buat puisi atau seangkatan dengannya kan? idea mcm malu2 nak keluarkan. Ke aku yg malas nak korek...