Pages

Saturday, 15 November 2014

PLKN

OMAIGADD!!!!!

I'M EXCITED FOR THIS!!!!!!
HAHAHAHA

well dalam aritu punya entry aku ada mention pasal plkn.

okay pedulikan tab yg penangguhan tu eh,  tiada niat di hati.... lulz
  
then aritu time dapat tahu yang dah boleh check penempatan. and i'm so nervous. tak tahu dapat intake keberapa.


nampak tak tu!!!!!!  lapor diri 7 DISEMBER 2014!!!!! OMGGGGGG
                                                 

PEHHH  tak sampai sebulan je lagi ya ALLAH. tuptup aku celik je aku dah kat tepi katil unpack bag omgggggggggg i cant believe it!!!!!!

aku excited tapi dalam masa sama aku sedih sikit sebab aritu mak aku ada cakap, " nanti adik pergi plkn ibu sensorang laa kat rumah, takde kawan," hmmmm inilah lumrah anak bongsu bila dah meningkat remaja dan kemudian dewasa. berbelah hati nak tinggalkan mak ayah. berbelah hati nak mohon kolej atau universiti jauh2 sebab taknak tinggalkan mak ayah.ini bukan sebab "alaa nak bongsu biasalah manja, taknak jauh ngan mak ayah kan, masih nak dok berkepit ngan mak ayah kan. bla bla bla" NO! aku bukan macam tu. sampai bila nak duk bergantung dengan dorg, inilah masanya untuk tunjukkan kat dunia (ceh kat dunia XD) yg anak bongsu tak spoil hokehh.

well actually aku berat hati sebab , yelaa time aku dh besar ni, time kakak kakak dah kawin, mak ayah kite dah tak muda macam dulu. lagipun kakak and abang2 aku jauh jauh. paling dekat pun kakak aku tu duk kat area larkin, duk ngan mentua dia. so yang ada kat rumah mak ayah aku n aku jela..

jangan fikir anak bongsu ni tanggungjawab paling mudah. kalau selalunya time adik2 kecik2 lagi, anak sulung laa yang paling bertanggungjawab. tolong mak itu, tolong jaga adik2 laaa, ini laa itu laa. then bila dorang dah besar, dah masuk u/college ke, maybe some of anak sulung ni akan rasa sedikit lega sebab 'tanggungjawab' dekat adik2 dorg dah takde.

tapi anak bongsu pulak, bila kakak2 and abang2 dorg dah kerja or study kat tempat jauh, rasa berat hati pulak nak tinggalkan mak ayah ke tempat yang jauh dr rumah. dorang rasa macam, 'sapa nak teman mak kat rumah, sapa nak tolong mak bla bla...." rasa berat hati tau. macam tula aku rasa. sejujurnya aku kat rumah takde laa selalu tolong mak aku buat itu ini.

yelaa dorang dah tak muda lagi so sapa yang nak tengok tengkkan dorang kan.

tahun lepas aku pernah cakap ngan mak aku, aku nak duk hostel tapi dia tak bagi sebab nti dia lonely. see? hostel tu sebelah rumah je pun. beberapa langkah je tapi dia tak bagi.

hmmm




p/s: makin dekat terikh nak lapor diri, makin nervous pulak. tuptup dah ada kat bawah matahari tengah marching hahahhah lol





lebih baik tak tahu!

assalamualaikum.

well,aku rasa takde twitter lg bagus. ((ini pendapat sendiri)) sebab kenkadang twitter ni membuatkan aku rasa nak tweet segala galanya and some of ur tweet will make someone else terasa. memang la sapa makan cili dia yg terasa kan tapi kadang2 benda2 mcm tu boleh membuatkan korg bergaduh, 'perang twitter'. senior-junior bergaduh, kadang2 sesama bestfriend pun bergaduh kat twiiter.

okaylah sbg contoh situation 1: kau tak puas hati kat kawan kau, then kau tweet gitu gini gitu gini kawan kau pun baca then dia terasa then korang pun pompangpompang gaduh. then putus kawan. kalau gaduh kat tmpt personal mcm dm or whatsapp ke takpe laa jugak, orang lain tak tahu kan. ni tak, gaduh hah kau terang terangan kat twitter. kecoh kat twitter korang gaduh. habis trending  no.1 #timahdankelsumputuskawan

situation 2: kadang kadang kau tweet sindir nyindir then kawan kau or anyone yg kau tujukan tu terasa opkos la si dia akan terasa klu dh obvious sangat kau tweet utk dia kan.. tp bila jumpa or dekat whatsapp grup ke apa ke kau layan dia okay je macam nothing is happen bla bla bla. wehh, opkos ahh orang tu akan pikir kau FAKE or HIPOKRIT. kat twitter kutuk2, kat sini okay plak.

situation 3: ada suatu hari tu kau buat silap besar dalam hidup kau dlm friendship.then kau rasa macam perangai kau macam budak kecik and kau langsung tak sedar apa yg kau dh buat. rasa macam bodoh nya aku alahai...kau sangat emosional time tu. then lepas tu kau dh sedar dr kesilapan and kau mintak maaf gitu gini gitu gini relay korg pun dah okay balik. then selang beberapa minggu or bulan, kau bukak twitter kawan2 kau ni, then scroll punya scroll kau ternampak tweet yg membuatkan kau terasa n teringat balik peristwa tu.. so the conclusion is better kau takyah bukak twiter so kau tak perlu tahu semua tu

actually situation 3 tu mmg situatin sendiri laa. actually aku dah deactive twitter dah lama dah actually, yg situation 3 tu pun baru je tadi, aku google2 pasal plkn then keluar pasal twitter sapa ntah ada tweet pasal plkn. then aku click je la .. aku macam pelik sbb aku boleh bukak twitter budak tu sedangkan aku tak log in pun. tp taktahu laa kalau benda tu memang boleh. then aku saja je la try click button follow tu, sekali boleh plak follow hahahahha. godek punya godek aku jumpa laa owner acc twitter tu, lelaki. hahahaha. aku nak sebut nama boleh tak? ALYPH sometg liddat, dun remember). hahahahah agak2 kalau kau rasa tu nama kau, better kau rewind ingatan kau, kau ada login twitter kat laptop orang lain tak? then kau terlupa nak log out. bahaya betul laa kau ni. aku tak kenal sapa mamat tu sebab masa tu pun aku guna laptop kakak aku. nasib baik aku ni baik. agaknya kalau orang lain dah tweet porn agaknya hahha lol

okay macam lari topik plak. okay disebabkan aku dah terbukak twitter si mamat tu, aku pun saja saja jelah stalk member sendiri, then scroll2 terjumpa tweet yg aku rasa aku tak perlu baca. aku rasa macam down lepas tu. aku rasa macam ' macam ni rupanya dorang fikirkan aku, tak sangka bla bla bla'
tapi seriously aku malas nak pikirkan lg sebab benda tu dah lepas kan buat apa nak dok pikir pikir.

aku rasa sangat berbeza antara ada twitter dgn dah takde twitter (deactive). sebab aku rasa aku takdelah lonely sgt bila takde twitter, MALAH aku rasa aku banyak free time. kalau dulu kau dok melukut dgn phone kau dok scroll2 twitter tu. kadang2 aku rasa kenapa aku bazirkan masa aku dgn buat benda alah tu? bila dah deactive ni aku rasa macam pehh lapangnya. rasa lega, kau tak perlu sakit2 hati, kau tak perlu gaduh gaduh or join pergaduhan senior-junior((lol)) or sakitkan mata tengok porn2 yg orang lain RT.

tapi tak bermakna aku ni antisocial. aku still ada instagram.


okay dah  dah cakap pasal twitter.

aku lebih suka aku tak tahu ((sesuatu yang membuatkan kau takut or geram or sedih or wtv)) daripada tahu. okaylah, aritu bila aku beritahu sibling aku pasal penempatan kem pln tu, abang aku cakap tempat tu berhantu laa ada hantu tentera jepun laaa. pastu ada org mati gantung kat toilet perempuan laa. OMG!!! aku tak nak tahu semua tu. bila aku tahu pasal benda2 tu membuatkan aku rasa takut and aku akan fikir bukan2. even aku tahu abang aku tipu, saja reka cerita.

so lebih baik aku tahu daripada tahu.