*A daughter who has been struggling with the past and living the present and fighting for the future*
Thursday, 22 January 2015
Pengalaman di PLKN 2014
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..
so entry ni aku nak tulis pasal pengalaman aku sepanjang sebulan kat kem plkn jjaya gemilang a famosa,.. ala sebulan je pun..hahahah sedih!
aku taknak cerita pasal memula aku samapai macam mana sebab mana mana blog yang aku baca pasal pengalamn dorang kat plkn mesti ceriita pasal dorg register semua. so aku taknak cerita pasal tu. so aku cerita pasal kem aku dulu. so kem yang aku dapat ni mmg kem baru. bayang kan masa bulan november 2014 katil kat kem tu pun belum ada lagi. bulan 12 dah operasi. so masa aku sampai kat dorm tu memang nampak baru la.. locker pun baru, mmg cantik laa.
haa ni la dia keadaan dalam dorm wirawati... eiiii buat malu je bersepah hahahahha tapi bukan katil aku hahaha katil aku takda dalam gambar ni lulz hahahah time ni aku rasa masa hari sabtu or ahad balik dari makan agaknya semua dah terbongkak. kalau hari biasa mmg sentiasa berkemas. takut barang kene campak kat luar katakan.. haha
haa yang dalam dorm wira.. nampak tak cantik je lantai. tilam pun still tebal je lagi. ni jangan ingat aku pi dorm wira tangkap gambar.. MEMANG TAK AH! company kiterang ada group whatsapp so ni dorg yang hantar. so zul dengan bob aku mintak maaf la ye sebab upload gambar korang kat sini ahahaha marah siapa yang send gmbr korang kat grup hahaha. yang zul( yg tengah menyiarap) pun dah balik saing aku aritu. dia balik sebab dapat penangguhan.
gambar ni aku malas nak rotate. hahaha. so nilah dorm kitrg. lawa kan. well... tapi ni bukan dorm aku laa. ni dorm sebelah.
so kat belakang aku tu tasik. kat depan aku dorm wirawati. belakang tasek tu ada dorm untuk jurulatih, staff.. pastu belakang lagi baru dorm wira.. kiranya yang memisahkan dorm wira dengan wirawati tasik tu laa. pastu kan aritu ada staff medic tu, orang panggil dia sarjan. aritu dia boleh plak tak pakai baju, pakai tuala je. mmg nampak ah dari dorm ktrg. tapi ramai tak suka dia. haa malas nak cite. lulz.
yang sebelah aku tu nama dia adibah, dia ac scout wirawati delta, timbalan ac scout wirawati delta nama dia chong, tapi aku takde gmbr.
yang ni pulak timbalan ac scout wira delta. kiranya dalam company aku, yang wira aku rapat cuma dia ni la, ashraff, mustaqim dengan al-luqman. luqman rapat sebab kitrg aritu sama grup dalam pembinaan pasukan. dia pun dari johor bahru sama dgn aku, pastu borak punya borak, kitrg satu sekolah rendah dulu masa aku darjah 2 dgn 3. tu yang kitrg rapat. pastu kelas CB pun aku satu grup dengan dia.
so inilah dia mustaqim. masa mula mula dulu aku tak suka dia sebab perangai dia tu, tapi dia sekarang dah okay so aku okay je la dengan dia. even aku dah balik pun ktrg stil contact lagi.
aku letak sticker kat muka aku sebab aku buat muka yang ewwww hahahahaha so takyah nak mengaibkan diri hahahahaha
so buat masa ni aku tulis pasal ni dulu laa. sebab aku dah kene masuk kerja so next time aku sambung lagi. next entry aku belanja gambar bestie aku kat sana pulak bye bye
Assalamulaikum :)
Sebab Tuhan Tahu
kenapa apa yang kita mintak mesti tak dapat?
walau usaha macam mana pun.
walau gigih macam mana pun.
walau buat macam mana pun.
tetap tak dapat.
'kenapa?'....
sebab Tuhan tahu apa yang tak sepatutnya kau
dapat.
sebab Tuhan tahu apa yang selayaknya kau dapat.
sebab Tuhan tu Maha Mengetahui apa yang yang terbaik untuk
kau.
'kenapa?' bergelimpangan dalam otak kau.
tapi pernah tak kau masukkan 'syukur' atau
'alhamdulillah' dalam otak kau?
pernah tak?
###
setiap
perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmah. kadang kadang hikmah tu kita dah
nampak sebaik sahaja sesuatu tu berlaku, kadang kadang kita belum nampak, maybe
esok, maybe beberapa bulan lagi, maybe bila dah penghujung nyawa kau baru kau
nampak. kita tak tahu. kadang kadang hikmah tu kita nampak bila sesuatu tu
berlaku dekat orang lain, sebagai contoh la, kau nak lintas jalan, menonong je
kau jalan even kenderaan tak banyak. tapi tak sempat kau nak melangkah je ada
sorang budak laki tu dlm umur lingkungan 5tahun terlanggar kau, tumpahkan air
coklat kat baju kau. then kau tak jadi nak melintas. kau nak marah tapi tak
jadi sebab ada sorang laki sebelah kau ni main lintas je tak toleh kiri kanan
sebijik macam kau td lepastu tetiba ada lori langgar dia, lori tu tak sempat
brek. darah lelaki tu memercik kat muka kau, kat baju kau.
so cuba kau
diamkan diri dan fikir, kalau budak tu tak langgar and tumpahkan air kat baju
kau, kau mesti menonong je kan. and kau yang jadi mangsa lori tu dan darah kau
yang terpecik kat muka lelaki lagi sorang tu.
so setiap
perkara yang terjadi hikmah. so jangan pertikaikan kenapa hidup kau begini,
kenapa apa yang kau mintak susah nak dapat even kau dah usaha macam macam. even
Allah SWT tak pernah pertikaikan apa yang telah DIA beri kat kita semua. terlalu
banyak.
lagi satu
tentang ujian. kenapa Tuhan beri kita ujian macam macam? ditimpa musibah macam
macam? ditimpa masalah macam macam?
sebab Tuhan tahu yang kita boleh jalani ujianNya lah Dia uji kita. DIA nak kita
ingat dekat dia. DIA nak kita berdoa dekat dia. kita sering lupa dekat DIA.
sering mengejar duniawi . ALLAH SWT takkan bagi ujian yang kita tak mampu
jalani.
sekian dari
saya. saya bukan ustazah, saya bukan ilmuwan, saya hanya berkongsi apa yang
saya ada untuk renungan semua termasuk diri saya sendiri.saya sendiri tak sempurna saya sendiri masih belajar.
Assalamulaikum.
Wednesday, 21 January 2015
I Got Pengecualian TT
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Happy new year guys!
So, awal tahun haritu dekat plkn aku kene buat medical check up (again) even sblm masuk sana pun dah buat. then check check aku doktor cakap aku ada asthma and i got PENGECUALIAN!!!!! OMG WHAT THE FISH. aku mmg ada asthma tapi skrg dah takde haih last kene serang pun dah lebih 10 tahun yg dulu..........tapi 2 3 hari sebelum medical check up tu, semua pelaatih muslim kene denda lari non stop dekat dari dewan smpi padang kawad. masa aku dah balik dewan tu aku rasa sesak gila tau, bayangkan dari dewan tu nak ke padang kawad macam ada curam ke tah, mana aku tak semput. tapi yang tu aku tak cakap pun dengan doktor tu. aku lupa, kalau aku cakap lagi lah.
so aku rasa macam down gila sebab kene balik. weh! dah sebulan weh aku kat sana, mana tak sedih kene balik, kau dah serasi dengan semua benda kat situ. pastu, masuk hutan , flying fox, rempuh halangan semua aku tak sempat buat. pergh! sakit betul hati.
tapi aku terima dengan hati yang terbuka. setiap perkara yang terjadi ada hikmah. antara hikmah yang aku dah nampak laa, first, kalau aku stay kat plkn then aku kene masuk masuk hutan yg penuh curam ke atau kene denda yng lagi teruk drpd yang aritu, them aku kene serang, kan menyusahkan pihak kem and diri aku sendiri. second, aku dapat cari duit sendiri!!! yeay, aku dah dapat keje. sehari selepas aku balik, aku terus pegi cari keje kat komtar @ jbcc. alhamdulillah aku dapat keje dekat famous amos.. hewhewhew.
perasaan aku masa balik rmah tu aku rasa... kosong je. aku rasa macam baru 2 3 hari aku tinggalkan rumah, aku tak rasa apa2. aku rindu gila suasana kat sana lagi2 kem baru kan lagi lah aku selesa. okay next entry aku nak tulis pasal pengalaman kat sana. dengan gambar sekali. ciao
assalamulaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)








