kenapa apa yang kita mintak mesti tak dapat?
walau usaha macam mana pun.
walau gigih macam mana pun.
walau buat macam mana pun.
tetap tak dapat.
'kenapa?'....
sebab Tuhan tahu apa yang tak sepatutnya kau
dapat.
sebab Tuhan tahu apa yang selayaknya kau dapat.
sebab Tuhan tu Maha Mengetahui apa yang yang terbaik untuk
kau.
'kenapa?' bergelimpangan dalam otak kau.
tapi pernah tak kau masukkan 'syukur' atau
'alhamdulillah' dalam otak kau?
pernah tak?
###
setiap
perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmah. kadang kadang hikmah tu kita dah
nampak sebaik sahaja sesuatu tu berlaku, kadang kadang kita belum nampak, maybe
esok, maybe beberapa bulan lagi, maybe bila dah penghujung nyawa kau baru kau
nampak. kita tak tahu. kadang kadang hikmah tu kita nampak bila sesuatu tu
berlaku dekat orang lain, sebagai contoh la, kau nak lintas jalan, menonong je
kau jalan even kenderaan tak banyak. tapi tak sempat kau nak melangkah je ada
sorang budak laki tu dlm umur lingkungan 5tahun terlanggar kau, tumpahkan air
coklat kat baju kau. then kau tak jadi nak melintas. kau nak marah tapi tak
jadi sebab ada sorang laki sebelah kau ni main lintas je tak toleh kiri kanan
sebijik macam kau td lepastu tetiba ada lori langgar dia, lori tu tak sempat
brek. darah lelaki tu memercik kat muka kau, kat baju kau.
so cuba kau
diamkan diri dan fikir, kalau budak tu tak langgar and tumpahkan air kat baju
kau, kau mesti menonong je kan. and kau yang jadi mangsa lori tu dan darah kau
yang terpecik kat muka lelaki lagi sorang tu.
so setiap
perkara yang terjadi hikmah. so jangan pertikaikan kenapa hidup kau begini,
kenapa apa yang kau mintak susah nak dapat even kau dah usaha macam macam. even
Allah SWT tak pernah pertikaikan apa yang telah DIA beri kat kita semua. terlalu
banyak.
lagi satu
tentang ujian. kenapa Tuhan beri kita ujian macam macam? ditimpa musibah macam
macam? ditimpa masalah macam macam?
sebab Tuhan tahu yang kita boleh jalani ujianNya lah Dia uji kita. DIA nak kita
ingat dekat dia. DIA nak kita berdoa dekat dia. kita sering lupa dekat DIA.
sering mengejar duniawi . ALLAH SWT takkan bagi ujian yang kita tak mampu
jalani.
sekian dari
saya. saya bukan ustazah, saya bukan ilmuwan, saya hanya berkongsi apa yang
saya ada untuk renungan semua termasuk diri saya sendiri.saya sendiri tak sempurna saya sendiri masih belajar.
Assalamulaikum.
No comments:
Post a Comment
surat cinta